Maksimumkan potensi Apple Watch anda dengan WatchSIM dari CelcomDigi
Hantar dan terima panggilan serta mesej terus dari pergelangan tangan.
Kekal berhubung tanpa telefon — di mana sahaja anda berada sepanjang hari.
Sambungkan serta-merta dengan perkhidmatan kecemasan atau kenalan pilihan anda dengan satu sentuhan.
Sama ada anda berlari, mendaki, atau berbasikal, jejak perjalanan dan pencapaian anda.
Memastikan anda boleh dihubungi bila-bila masa, di mana sahaja.
Dari membeli kopi di waktu pagi hingga membuat pembelian secara spontan, buat pembayaran dengan mudah melalui Apple Pay.
Tidak, anda perlu menjadi pelanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 atau pelan CelcomDigi One terlebih dahulu sebelum boleh melanggan WatchSIM.
WatchSIM anda akan disertakan dengan kuota sebanyak 100GB.
Tidak, jika Apple Watch anda disambungkan ke iPhone melalui Bluetooth, ia akan menggunakan kuota pelan utama anda.
Kuota 100GB hanya akan digunakan jika Apple Watch anda tidak disambungkan ke iPhone melalui Bluetooth.
Mudah sahaja! Anda hanya perlu mengaktifkan WatchSIM dengan memasukkan nombor telefon anda semasa memasangkan Apple Watch dengan iPhone anda. Anda boleh merujuk panduan mudah kami di sini.
Sila lakukan semakan berikut:
i. Pastikan anda berada pada pelan postpaid yang layak.
ii. iPhone dan Apple Watch anda perlu mempunyai sistem operasi yang betul (sekurang-kurangnya iOS 13.3 dan WatchOS 6.1).
iii. Bayar semua bil postpaid yang tertunggak.
iv. Pastikan anda telah menamatkan Celcom NUMBERshare/Digi AirSIM lama anda (jika ada).
Jika anda telah memenuhi semua syarat tetapi masih tidak dapat melanggan, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami yang mesra melalui:https://support3.celcomdigi.com/en