CelcomDigi Signature Programme adalah tawaran CelcomDigi Postpaid 5G eksklusif yang dibuat khas untuk pekerja syarikat terpilih (Individu Korporat (CI).
Negara Perantauan Tanpa Had Percuma: Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Macau, Nepal, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, & Vietnam
Untuk layak mendapat tawaran tersebut, anda perlu menggunakan mana-mana Pelan Utama CelcomDigi Postpaid 5G dan pekerja di mana-mana syarikat tersenarai juga mempunyai akses kepada e-mel korporat yang merupakan sebahagian daripada domain tersenarai.
Anda boleh mendaftar untuk tawaran ini di mana-mana Celcom bluecube, Celcom Certified Partner, Digi Store dan Digi Store Express. Kakitangan kami yang mesra pelanggan akan membantu untuk mengesahkan kelayakan anda selepas mendaftarkan anda untuk Pelan CelcomDigi Postpaid 5G.
Sila ambil perhatian bahawa anda perlu membawa NRIC anda serta mempunyai akses kepada e-mel korporat anda pada peranti mudah alih anda untuk tujuan pengesahan.
Sebagai alternatif, jika anda tidak dapat mengakses e-mel anda pada peranti mudah alih anda atau talian baru anda tidak diaktifkan dengan serta-merta, anda boleh melalui proses pengesahan untuk tawaran di sini selepas anda mengaktifkan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang layak.
Sekiranya anda menaik taraf ke Pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang lebih tinggi, tiada perubahan akan berlaku kepada tawaran korporat anda dan tawaran yang sama akan dibawa ke pelan baharu itu. Walau bagaimanapun, jika anda menukar ke pelan yang mempunyai komitmen bulanan yang lebih rendah, anda tidak lagi boleh menikmati tawaran ini dan anda juga tidak boleh melanggan semula untuk mendapatkan tawaran yang sama.
Ya, CelcomDigi Signature Programme akan menjadi tawaran tambahan di atas semua tawaran yang anda dapatkan pada Pelan CelcomDigi Postpaid 5G. Ketahui lebih lanjut mengenai Tawaran Pelan CelcomDigi Postpaid 5G di sini.
Nota: Pelanggan pelan CelcomDigi Postpaid 80 tidak layak mendapat rebat kontrak tambahan RM10 atau rebat kontrak Add-ons Freedom jika pelanggan sudah menikmati rebat tambahan RM10 dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G.